Minggu, 31 Oktober 2010
Faedah Berdo'a
* Menguatkan keimanan kita kepada Alloh SWT.
* Menenangkan hati dan jiwa.
* Menghilangkan putus asa diri.
* Merangsang untuk aktif bekerja lebih giat.
* Menimbulkan kegemaran untuk beramal ibadat dan beramal soleh.
* Menyebabkan murah rezeki.
* Menjadikan hati suka kepada kebajikan dan benci kepada kejahatan.
* Menghilangkan rasa ragu dan was-was di dalam hati.
* Dapat meredakan dan menghilangkan penyakit jasmani dan penyakit rohani.
* Meresapkan rasa kemesraan dan perhubungan yang rapat dan secara langsung dengan Alloh SWT.
* Dapat meningkatkan makrifat kepada Tuhan dan dengan berdoa juga dapat mengalir rasa cinta dan rindu kepada Tuhan serta ingin untuk bertemu dengannya.{myunusw-2010}
Sabtu, 30 Oktober 2010
Bermohonlah ke Alloh SWT.
Manfaat Membaca Amalan berikut :
SURAH AL-FATIHAH
Biasakan dengan teratur setiap hari membaca Al-Fatihah jika hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah anda akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengobati sakit mata, perut, gigi dan lain-lain, tentunya dengan izin Allah SWT. Bacalah 40 kali surah ini selepas sholat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah SWT, InsyaAllah semua yang kita inginkan mudah-mudahan akan terkabul.
SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang jahat, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh dan terbebas dari pengaruh jahat tersebut.
SURAH AL-IKHLAS
Bagi siapa yang membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga dengan mudah dalam menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]
SURAH AL-KAFIRUN
Bagi siapa yang membaca surah Al-Kafirun maka perbandingannya sama seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping akan terlepas dari syirik & dengki, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]
SURAH AL-KAUTSAR
Bagi siapa yang mengamalkan membaca surah ini 1000 kali dengan penuh keyakinan, maka Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat dan derajatnya. Dan bagi siapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.
{MyunusW-2010}